Bersinar di Hari Raya dengan Koleksi Ramadan Raya 2025: Safaa & Warna
- Admin
- Jan 3
- 3 min read
Updated: Mar 1
Ramadan dan Aidilfitri bukan sekadar bulan penuh keberkatan, tetapi juga detik istimewa untuk meraikan diri, keluarga, dan tradisi. Tahun ini, Munawwareen mengangkat keanggunan Muslimah ke satu tahap baharu dengan koleksi eksklusif Ramadan Raya 2025: Safaa & Warna. Koleksi ini bukan sekadar pakaian, tetapi satu refleksi kecantikan yang berpadu dengan nilai kesopanan dan elegan.
Maksud Disebalik ‘Safaa & Warna’
Setiap helaian dalam koleksi ini diinspirasikan oleh dua elemen utama – Safaa, melambangkan kesucian dan ketenangan Ramadan, serta Warna, menyimbangkan kegembiraan Aidilfitri. Dalam setiap lipatan kain dan jahitan halus, terdapat kisah keanggunan yang melengkapi jiwa Muslimah moden.
Tidak kira sama ada anda mencari sesuatu yang klasik atau moden, Munawwareen memahami bahawa fesyen bukan hanya tentang penampilan tetapi juga ekspresi diri. Dengan koleksi ini, setiap wanita dapat meraikan perayaan dengan penuh keyakinan, keselesaan dan aura eksklusif yang tersendiri.
Eksklusiviti dalam Setiap Chapter
Untuk memastikan setiap Muslimah mendapat pilihan terbaik, koleksi ini hadir dalam tiga fasa utama:
🔸 Chapter 1 – Abaya Mewah, Simbol Keanggunan Dilancarkan pada 20 Januari 2025, koleksi ini menampilkan 9 rekaan abaya premium dengan sentuhan mewah namun tetap bersederhana. Material berkualiti tinggi, dihiasi jahitan manik eksklusif, menjadikan setiap helaian istimewa.
🔸 Chapter 2 – Baju Kurung Klasik dengan Sentuhan Moden Menggabungkan elemen nostalgia dan kontemporari, 14 rekaan baju kurung klasik diperkenalkan dalam pelbagai rona pastel lembut dan warna bold. Sulaman eksklusif menambah keunikan, menjadikan koleksi ini pilihan sempurna untuk mereka yang menghargai gaya tradisional dengan twist moden.
🔸 Chapter 3 – Kemuncak Keindahan Ramadan Raya 2025 Sebagai penutup yang memukau, 28 rekaan baharu menanti pada 7 Mac 2025. Ringkas, elegan, dan mempesona, koleksi ini direka khas untuk Muslimah yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan keanggunan.
Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa: Inspirasi Muslimah Terkini
Tahun ini, menurut Pengarah Urusan Munawwareen, Datuk Hajah Aliza Binti Abu Bakar, Munawwareen dengan bangganya memperkenalkan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa sebagai ikon jenama, Dr. Norhafizah melambangkan nilai-nilai kesederhanaan, keanggunan, dan kepatuhan yang sejajar dengan jenama Munawwareen. Keperibadian beliau yang lembut dan penuh kebijaksanaan menjadi simbol wanita Muslimah yang berintegriti. Pilihan ini bukan sekadar mencerminkan gaya, tetapi juga mengangkat nilai fesyen yang lebih bermakna – bahawa berpakaian itu bukan hanya tentang rupa, tetapi juga cerminan peribadi.
Aura Selebriti & Pempengaruh Media Sosial
Majlis pelancaran koleksi ini turut diserikan dengan kehadiran ikon fesyen seperti Datin Anne, Niena Baharun, Syaza Bae, Maria Tunku Sabri, Fiza Sabjahan dan ramai lagi. Dengan dukungan para selebriti dan pempengaruh, koleksi ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Muslimah pilihan utama.
Raikan Aidilfitri dengan Gaya & Makna
Aidilfitri adalah masa untuk berkumpul, merayakan kebersamaan, dan tentunya, tampil anggun dalam persalinan yang menyempurnakan keindahan diri. Koleksi Safaa & Warna bukan sekadar pakaian – ia adalah simbol kegembiraan, keanggunan dan penghormatan terhadap nilai tradisi. Biarkan setiap langkah anda berseri dengan helaian yang bukan hanya cantik di mata, tetapi juga selesa di hati.
📍 Kunjungi Butik Munawwareen di Conezion Commercial, IOI Resort City, Putrajaya atau beli secara online di www.munawwareen.com. Jangan lupa ikuti di Instagram & Facebook (@Munawwareen) serta TikTok (@Munawwareen & @BazaarbyMunawwareen) untuk kemaskini terkini!
Selamat menyambut Ramadan dan Aidilfitri dalam gaya yang penuh makna! ✨
Jika anda serius untuk meningkatkan jenama anda dalam pasaran yang semakin kompetitif, kami sedia membantu anda. Fokuslah kepada apa yang anda lakukan terbaik—mengembangkan produk dan perkhidmatan anda—dan serahkan urusan penjenamaan kepada pakar. Anda akan melihat hasilnya dalam bentuk jenama yang lebih kukuh, pelanggan yang lebih ramai, dan jualan yang meningkat!
Berminat?, sila merujuk kepada Amir Ishkandar 0169866469
Comments